Sunday, 21 October 2012
Saturday, 20 October 2012
Pemilihan Biji Benih
Kebanyakan pokok bunga semusim dibiarkan melalui biji benih. Oleh itu, pemilihan biji benih yang baik penting untuk membiakkannya. Bebih yang baik ialah benih yang cukup matang, bernas (berisi), normal bentuknya dan tiada tanda serangan penyakit.
Contoh biji benih pokok bunga semusim
- Biji benih marigold
- Biji benih bunga matahari
- Biji balung ayam
- Biji benih keembong
Sifat biji benih yang berkualiti
Biji benih yang baik
- padat
- rupabentuk menarik
Biji benih yang rosak
- berongga
- berlubang
Penyediaan Mediuam Tanaman
Langkah-langkah menyediakan medium semaian
- Sediakan alatan tangan dan bahan untuk membuat campuran medium semaian.
- Tapis bahan untuk mengasingkan batu dan ketulan tanah.
- Gunakan baldi kecil untuk menyukat bahan mengikut nisbah, 2 bahangian tanah loam, i bahagian bahan organik dan i bahagian pasir sungai.
- Campurkan dan gaul bahan tersebut semula.
- Masukkna medium ke dalam bekas semaian dan ratakannya.
*Apabila kamu menyemai biji benih, gunakan bekas semaian yang sesuai. Bekas semaian yang digunakan mestilah mempunyai lubang saliran supaya air siraman tidak bertakung.
TIP KESELAMATAN
- Pastikan kamu menggunakan sarung tangan semasa melakukan aktiviti.
- Pastikan kuku kamu pendek semasa melakukan aktiviti untuk mengelakkan kotoran melekat pada kuku.
- Bersihkan kawasan kerja dan alatan selepas melakukan aktiviti.